"Anak kampong"

dinblogspot.com

Selasa, 24 September 2013

TRIP TO HATYAI

Jumaat, 2 September 2011

main criket bukan main guli

Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup. Bukit Kepong Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Gh...ana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah...Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5189-presiden-pas-nafi-suruh-azizan-letak-jawatan

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5189-presiden-pas-nafi-suruh-azizan-letak-jawatan

Khamis, 2 September 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

Selasa, 4 Mei 2010

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Anwar

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.

Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim, James Foong dan hakim Mahkamah Rayuan, Suriyadi Halim Omar.

Dengan keputusan itu, Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu dan terpaksa menjalani perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.

Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku.

Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan.Ia memut
uskan perbicaraan perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful.

Laporan klinikal bersama itu dibuat oleh Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Seng - yang memeriksa Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dia mendakwa diliwat. Pemeriksaan mereka juga mendapati tiada kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh Saiful.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Nik Aziz: Najib ceroboh sempadan moral saya

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.

“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya.

Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.

Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.

Kenyataan Najib itu disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan dengan tajuk “Pembangkang ingkari Sultan”.

Antara petikan artikel itu - “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

“Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” kata Nik Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata pandangan Najib yang dirasainya paling tidak bermoral apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua dengan tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

“Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

“Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai 'melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor' adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page),” katanya.

Rabu, 3 Mac 2010

Perhimpunan besar-besaran bantah GST dianjur

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menurut penyelaras Protest, Dr Hatta Ramli (atas, dua dari kiri), kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin.

"Kami mahu Yang di-Pertuan Agong memahami dan melihat sendiri bahawa rakyat menentang GST," jelasnya pada sidang media di markas PAS, hari ini.

Perhimpunan itu, katanya akan dijalankan secara aman dan tidak akan menganggu kelancaran lalu lintas.

"Kami jangkakan ia adalah bantahan yang paling aman dalam sejarah Malaysia kerana kami tidak mahu sidang Parlimen terganggu," sambungnya.

Justeru, menurut ahli parlimen Kuala Krai itu, kumpulannya tidak bercadang memohon permit.

"Menurut bancian yang dijalankan oleh badan bebas, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak GST," katanya.

Dijemput hadir