dinblogspot.com

Isnin, 16 Februari 2009

Kerajaan Negeri, Masjid di Selangor sumbang RM150,000 pada Hamas

SHAH ALAM, 14 Feb (Hrkh) - Kerajaan Negeri melalui Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Dato' Dr Hasan Ali dan Masjid-masjid seluruh Selangor menyumbangkan RM150,000 kepada wakil Hamas semalam.
Iklan




"Sumbangan ini dibuat atas keprihatinan nasib rakyat Palestin yang mengalami kesengsaraan akibat kekejaman askar Isreal.
"Setakat ini, seramai 250,000 penduduk Palestin telah kehilangan tempat berlindung dan memerlukan bantuan yang berterusan dari saudara seagama dari seluruh dunia,"jelasnya kepada media semalam.
Menurutnya,yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Walaupun jumlah sumbangan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan kemusnahan yang mereka alami namun sekurang-kurangnya ia diharap dapat membantu penduduk Islam yang teraniaya di Palestin.
Dr Hasan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan cek sumbangan kerajaan negeri kepada wakil Hamas, Dr Sami Abu Zuhri yang berkunjung ke negeri ini petang semalam.
Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Amal Selangor dan dua lagi wakil dari Hamas iaitu Ahmad Hussein Abu Husan dan Khalid Hassan.
"Isreal menggunakan senjata-senjata yang canggih untuk menghapuskan rakyat Palestin. Mereka menggunakan bom seperti gerudi yang boleh mengorek tanah, seperti pisau. Oleh itu, tanggungjawab kita ialah sumbangan ini tidak boleh dihentikan.
"Sumbangan sebanyak RM50,000 oleh kerajaan negeri dan sebanyak RM100,000 lagi daripada seluruh masjid di Selangor itu menunjukkan betapa simpati rakyat bagi meringankan beban mangsa di negara bergolak itu," katanya. - mks._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan