dinblogspot.com

Rabu, 18 Februari 2009

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.Nizar tiba kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.Nizar memfail saman tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak, selepas empat wakil rakyat Pakatan yang keluar parti dan menjadi wakil bebas yang menyokong BN.Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mengarahkan Nizar meletak jawatan dan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, mengangkat sumpah.Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan bertegas bahawa beliau masih menteri besar yang sah.Dr Zambry diwakili Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Md Shahid. Manakala peguam kanan persekutuan, See Mee Chun mewakili Jabatan Peguam Ngara dan Hafarizam Harun menjadi peguam pemerhati bagi pihak BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan