dinblogspot.com

Khamis, 19 Februari 2009

Takziah pada keluarga Allahyarham Ibrahim Hussein

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ibrahim Hussein, tokoh senilukis dan senireka negara, yang telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.
"Sesungguhnya Allahyarham, yang berasal dari Sg. Limau, Yan, Kedah telah banyak menyumbang jasa dan khidmat kepada negara dalam bidang yang beliau ceburi dan minati ini yang telah menerima pengiktirafan bukan hanya diperingkat tempatan tetapi juga diperingkat antarabangsa,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya,PAS akur bahawa sumbangan dan jasa beliau telah banyak mengharumkan nama negara serta pemergian Allahyarham ini sudah tentulah merupakan satu kehilangan besar khasnya buat bidang senilukis dan senireka negara.
"PAS mendokan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,"katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan