dinblogspot.com
Khamis, 26 Mac 2009
ceriakan hidup
Mari Kita Lihat Minda Anda
Jawablah Dengan Spontan.
Soal
Apa dia ayam di luar, ikan di dalam?
Soalan 2
Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?
Soalan 3
Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
Soalan 4
Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
Soalan 5
Lembu apakah yang selalu dicari?
Soalan 6
Bom apakah yang tak pernah meletup?
Soalan 7
Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
Soalan 8
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Soalan 9
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Soalan 10
Limapasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Soalan 11
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Soalan 12
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Soalan 13
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Soalan 14
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Soalan 15
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Soalan 16
Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Soalan 17
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Soalan 18
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Soalan 19
Mana lebih panjang; ekor tikus atau ekor kuda?
Soalan 20
Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Soalan 21
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Soalan 22
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Soalan 23
Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Soalan 24
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Soalan 25
Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Soalan 26
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Soalan 27
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran
Soalan 28
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Soalan 29
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Soalan 30
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Soalan 31
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Soalan 32
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Soalan 33
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Soalan 34
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Soalan 35
Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Soalan 36
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Soalan 37
Badannya keras tapi kurus, Berbadan tapi tidak bertangan dan berkaki. Berkepala hitam, tapi tiada bermata, hidung, telinga. Apakah itu?
Soalan 38
Apakah dia 'rumah di bawah, Tiang di atas'...
Soalan 39
Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
Soalan 40
Kenapa pokok kayu balak ditebang???
Soalan 41
Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pula berjalan, kalau ditenguk betul-betul... memang sah ia jalan!!!
Soalan 42
Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan